Saturday, February 21, 2009

: Introduction :

Well, sebagai introduction, aku takde benda sangat nak cerita. Yelah, cuma..sebagai perkenalan, aku nak cerita tentang tahap kesedaran masyarakat melayu di Malaysia tentang apa yang berlaku di sempadan Gaza. Aku pernah dapat satu email tentang kesedaran ni, email ni memang bagus..aku baca pun tahap takut nak nangis pun ada.

Cuba bayangkan situasi ini :

Anda sedang berehat di satu malam bersama keluarga, gembira dapat berkumpul selepas seharian bekerja. Tiba-tiba, satu letupan kuat mengejutkan anda sekelurga. Bebola api jatuh bertaburan dari langit meranapkan rumah-rumah berhampiran rumah anda. Anda ketakutan di dalam rumah..namun, masih mampu bersyukur kerana rumah anda masih selamat sedangkan jiran-jiran anda sudah kehilangan tempat berteduh malah ada yang kehilangan orang yg tersayang. Selang beberapa jam, pintu rumah anda ditendang keras oleh tentera penjajah. Anak dipukul separuh pengsan, anak gadis anda dirogol dan di bunuh serta anak lelaki kesayangan anda di tembak di depan mata anda. Anda tidak berdaya untuk melawan. Isteri anda dibawa pergi untuk menjadi santapan nafsu di kem mereka. Anda hanya mampu melarikan diri ke dalam hutan dan berharap ada bantuan akan dihulurkan. Namun, tiada bantuan ketenteraan diberikan. "Kita harus bersyukur atas keamanan yang kita miliki. Tidak seperti Malaysia yang sekarang berada di dalam kemelut peperangan. Kita harus mengekalkan keamanan ini." Inilah kata-kata Pemimpin Indonesia, negara jiran kita. "PBB mengutuk perbuatan 'toot' ke atas Malaysia." Ini pula kata-kata pemimpin yang berada di dalam PBB. Tunjuk perasaan diadakan di seluruh dunia, namun tidak memberi kesan kepada si Penjajah yang sememangnya kukuh kedudukannya di dunia. Sedangkan ketika ini, anda tidak memerlukan kutukan, anda tidak memerlukan perarakan ini semua, anda memerlukan tentera. Tentera yang akan membantu untuk menghapuskan si penjajah. Namun, ini semua tidak pernah tiba. Anda terpaksa terus bersembunyi di hutan dan berdoa agar isteri anda masih selamat.

Cemana? huhuhu..ini dah jadi versi aku sendiri..kalau yg dlm email tu betul-betul..berdiri bulu roma beb!! Fikir-fikirkanlah..aku kalau mampu memegang senjata, memang aku nak ke Palestin..sama-sama berjuang mencari shahid!! Namun, apala daya..aku tidak mampu. Jadi, aku hanya membantu dengan memboikot barangan US agar negara sekutu Israel ini merasakan keperitan atas perbuatan sekutunya. Dengar khabar, boikot di Malaysia memberi kesan..McD dan KFC adalah antara yang teruk terjejas..jadi, buat rakyat Malaysia yang prihatin..ayuh kita teruskan usaha kita!! Allahuakbar!!