Friday, August 19, 2011

Harapan dan Impian...

Hari ni..dh pun 19 Ramadhan..dah tak lama akan berakhir bulan yg penuh berkat ini. Hati ini semakin kegelisahan..selama hampir setengah bulan, aku berjaya tempuhi Ramadhan dengan ketenangan. Aku mampu terima semuanya dengan hati yang terbuka..tapi, hari ni plak perasaan rindu, kegelisahan ni datang balik. Haiii..Ya Allah, izinkan aku melupakan semuanya..

Aku punya impian dalam masa terdekat ni..semoga Allah makbulkan doa-doa aku sepanjang Ramadhan ni. Aku berusaha keras agar tidak sehari aku terlepas qiamulail. Tidak terlepas zikir mohon bantuan Allah. Aku yakin, Allah akan dengar doa aku, Allah akan makbulkan doa aku. Tapi, tula..hari ni keyakinan tu goyah pulak. Seolah-olah doa-doa itu tak mungkin termakbul dan semua impian hanya akan kekal sebagai sebuah impian. Aku tahu tak elok hilang keyakinan pada Allah. Firman Allah yang bermaksud:
"Dan janganlah kamu berputus asa di atas rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah melainkan kaum yang kafir" Surah Yusof : 87
Atas sebab ayat inilah, aku takut utk berputus asa. Yelah..mana tahu berkat keyakinan dan kesabaran, akan dimakbulkan jugak doa aku. emmm...semoga aku lebih sabar dan yakin dengan rahmat Allah. Aku harap sangat apa yang aku rancang akan menjadi kenyataan..even in a miracle way..insyaAllah..kalau Allah izinkan, apa jua boleh terjadi..aku cuma mampu bertawakal...


Tuesday, August 16, 2011

Ramadhan 2011

Ramadhan tahun ni..agak berbeza dengan tahun2 lain. Memang jelas perbezaan nya..mungkin sebab sebelum tibanya Ramadhan kali ini, macam-macam benda jadi dalam hidup aku. Entahla..nak sesali pun benda dah jadi..cuma, aku jadikan pengajaran dalam meniti hari-hari mendatang.

Dalam masa setahun sejak Aidilfitri tahun lepas, banyak sangat yang berlaku. Aku bertemu kembali dengan seorang kawan yang langsung aku tak dapat recall kami pernah berkawan. Masalah timbul selepas itu..alahai..siapa yang nak disalahkan? dia ke aku? hahaha..agaknya itulah ketentuan Allah..dulu kami berkawan takde sebarang masalah boleh lost contact. Sekarang..dia hadirkan pula perasaan yang tak perlu dalam diri aku. hahahaah..aku tak pernah terfikir akan dtg perasaan macam ni, especially pada dia..kenapalah bodoh sangat..

Dalam pada aku cuba teruskan persahabatan sambil slowly mengikis perasaan yang tak perlu tu..namun, too much too take kata mat saleh..hehe. hari demi hari, kawan2 dia mula add aku d facebook. Sorang..mmg serasi dengan aku. cara dia dengan cara aku hampir sama..aku selesa berkawan dengan dia. Mungkin dia sebaya dengan arwah Kak Zu..jadi, aku cukup selesa dengan dia. hmm..berbalik pd kwn yg asal tu, kami saling berprasangka..satu mlm, aku mmg hangin giler ngan dia sebab dia asyikla ulang2 bgtahu yg dia anggap aku kwn..aku plak jenis panas baran. memang kaw2 la aku ngamuk. So..mlm tu..dengan van aku rosak d highway pantai timur nye...aku tetap berchat dengan dia..aku bgtau dia semua yang selama ni aku rahsiakan dari dia. kira cam bergaduh la..pada aku la. kekeke..walaupun cara cakap agak baik, tapi masing2 defensive. aku pk selepas tu semuanya akan ok..rupanya ada lagi satu ujian datang. Dia di fitnah di facebook..kebetulan budak perempuan yang fitnah dia tu aku selalu chat..walaupun tak kenal, aku ni suka add sapa2 je..haha. aku layankan aje peel dak perempuan tu..manalah aku tahu dia akan buat sampai tahap mcm tu..huhu

Sebelum dak perempuan tu bukak cerita fitnah tu secara terbuka, dia ada pm aku..aku dah pesan cerita macam yang dia dengar tu jangan dilayan selagi tak disiasat. aku tetap warning kwn aku tu supaya berhenti melayan dak perempuan, aku tak nak cerita tu tersebar. Memang memalukan cerita tu. Malangnya, selang sehari..cerita tu dah pun ditulis di fb dak perempuan tu..aku cuba untuk korek rahsia dak perempuan tu, jadi adalah dua tiga orang yang aku add d fb dan aku chat utk cari sebab kenapa dak perempuan tu sebarkan fitnah macam tu. Akhirnya..mm..satu hari, aku dpt msg dari sorg kawan dak perempuan tu namanya Aznan (aku add jgak aznan ni..sblm benda ni jadi pun)..mintak aku call dia, aku just sms..then dia call. Siap je aku ckp ngan aznan ni..elok kwn aku tu call pesan jangan layan sangat orang aku tak kenal. Sbb everytime dia soal orang yg terlibat, semua sebut nama aku. Mmm..memula aku cm boleh terima, last2 aku jd bengang. Aku rasa dia langsung tak appreciate aku cuba tlg dia..mm..aku marah2 jugakla kat dia and aku unfriend kwn2 dia except yang sebaya ngan arwah Kak Zu. Sejak tu kitorg dah tak serapat dulu..dia pun mcm menjauhkan diri. Kebetulan masa benda ni jadi, aku xtahu siapa punya keje hack fb aku..nama dia dah ter'unfriend'. Aku request utk friend balik..sampai skrg dia tak appv..dah nak abis Ramadhan pun.

Ada lg satu kesah jd pd aku sebabkan hal kwn aku yang di fitnah tu..kwn skola dia (perempuan) pun friend ngan aku. One day..aku buat notes d fb aku ttg persahabatan, and kesahnya psl kawan aku tu la..macam mana aku sedih sebab dia tak percayakan aku. Pada aku, sebagai kawan..kita akan pertahankan kawan2 kita..no matter what. Sebab kita kenal kawan kita.. skali, minah ni baca notes aku tu..eh, dia plak sound lebih kurang. Lebih kurang kata dia aku ni tak ikhlas tolong kwn. Cam siot je..dah tu dia siap compare aku ngan dak perempuan yang buat fitnah tu. Katanya aku suka tulis notes, dak tu pun suka tulis notes. eh eh..hangin aku. Aku mtk dia tlg delete statement dia..sbb fb aku tu ada orang ofis aku semua. Dia tu jenis buat benda tak fikir orang lain. Suka-suka hati dia je nak tulis apa di fb orang. Kurang ajar kan? Aku pm dia..and sms dia..dua2 tak jwb. So, kebetulan aku nak balik rumah utk ambil staf kad yang ketinggalan..aku delete skali statement dia tu (galaxy tab takde program utk delete statement..baca je). Petang bila aku balik kejer..aku tgk dia dah berbalas msg dengan kwn uia aku d notes aku. Aku sengaja sindir dia as my secretary..terus marah. Ugut nak malukan aku..and dia pm aku cakap aku ni baran sangat, and tanya kenapa cepat sangat delete statement dia. Len kali baca dulu..siot tak? Dia nak suruh aku baca..tulis d pm sudahla..tulis d notes tu..semua orang boleh baca. Hilang kredibiliti aku sebagai seorang executive dia ofis aku. giler btul. Dia takpelah..kerani je pun. huh! (mula aku nak sombong diri ni..). Belum sempat aku jwb, apa yg dia nak malukan aku tu..dia dah block aku. Macam bagus! huh!

Benda tu jadi just before Ramadhan. Aku tgk kwn aku tu pun dah tak berapa nak jwb sms aku..tak macam dulu. Tp, dia kata masih anggap aku kawan dia..aku rasa dia terpaksa sebab dia kwn baik abang aku. hahaha..jd, Ramadhan ni aku decide to slowly lupakan dia. Mungkin kitorang tak boleh berkawan..agaknya aku ni tak serasi berkawan dengan orang2 Kijal kot..wakakaka. Sepanjang Ramadhan ni memang aku langsung tak contact kwn aku tu..sms pn x. Tapi, Allah masih nak menguji aku..elok je otw balik dr Kemaman, bley plak aku bertembung ngan dia tengah jln..kebetulan jln plak jammed. hampeh! Aku sms jgak sepatah..elok je dia reply. Entahla..sejak aritu aku takde dah sms dia lg..mm..mmg skrg aku dah boleh lupakan perasaan aku. So, lebih elok jauhkan diri dari dia.

Syawal kali ini aku harap dapat memberi seribu makna buat aku. Permulaan hidup baru. Semoga ujian yang lalu akan membawa sebuah kegembiraan di hujung jalan ini. Ya Allah..aku tak mengeluh di atas ujian dan dugaan Mu...cuma kuharapkan secebis cahaya dariMu. Amin...