Tuesday, September 13, 2011

Aduhai hati..

Aduhai hati..
Mengapa sampai begini
Begitu payah kau melepaskan segalanya

Aduhai hati..
Jangan biarkan perasaan itu membakarmu
Biarkan berlalu segala kenangan
semua itu hanyalah impian palsu buatmu

Aduhai hati..
Teramat sukar bagimu
Menerima segalanya dengan ketabahan
Namun..segalanya sudahpun pasti
Apa yang diimpikan bukanlah satu kenyataan

Wahai jiwa..
Usahlah ditangisi apa yang tidak dapat kau miliki
Usahlah difikirkan apa yang tidak mungkin kau punyai
Hargailah apa yang ada bersamamu kini
Kerana mungkin semuanya ini bakal pergi

Wahai jiwa..
Usah merasa penat dengan ujian Allah
Dia tidak akan menyiksa hambaNya
Malah Dia gembira andai kau meminta dariNya
Jadi..bersabarlah atas semua yang menimpa

Aduhai diri
Jangan mengeluh atas kecewamu
Jangan mengalah pada sedihmu
Jangan berhenti mengharap pada Yang Maha Kaya
Jangan berburuk sangka pada Yang Maha Bijaksana

Yakinlah..
Allah tidak menguji lebih dari kemampuanmu
Allah tidak memberi apa yang buruk buatmu
Allah hanya menyediakan yang terbaik padamu
Allah hanya tidak mahu kau terus di jalan buntu..

Sekalipun...
Kau rasakan hidupmu sepi
Kau fikirkan kau bersendiri
Kau mahukan teman yang telah pergi
Kau persoalkan mengapa nasib kau begini

Sedarlah..
Gembira itu ada jika kau mencarinya
Bahagia itu ada jika kau mengertinya
Kuncinya ada bersamamu selamanya
Zikrullah itulah sumber kegembiraan dan kebahagian yang sebenarnya

Lupakanlah..
Dia yang datang melukakanmu
Dia yang datang menyakitimu
Dia itu hanyalah seorang manusia
Dia itu tidak mungkin adil dan saksama

Mengertilah..
Kau bisa alpa kerananya
Kau bisa lupa bila bersamanya

Jadi..
Kembalilah pada yang satu
Kembalilah pada yang tahu
Kembalilah pada yang sentiasa menyayangimu
Kembalilah pada yang tidak pernah jemu denganmu..

Ya Allah..
Ampuni aku hambaMu
Yang lemah serta mudah melupakanMu
Izinkan aku kembali ke jalanMu
Bimbinglah aku agar tidak aku lupa untuk mencintaiMu

Sesungguhnya..
Aku bukan Rabiatul Adawiyah
Aku bukan Siti Khadijah
Aku hanya insan yang serba lemah
Aku cuma hamba yang mudah mengalah

Didiklah aku ya Allah..
Menjadi hambaMu yang redha dengan ujianMu
Menjadi hambaMu yang tidak mengalah dengan takdirMu
Menjadi hambaMu yang sentiasa mengingatiMu
Menjadi hambaMu yang tidak pernah jemu mencari kasihMu..

Amin Ya Rabbal A'lamin..

Sunday, September 11, 2011

Wedding seasons..




Norashikin binti A. Rahman

Ayer Hitam, Johor

09-09-11 aritu aku berusaha jugak untuk attend wedding Shikin..akhirnya berjaya bersama-sama kawan aku ni di saat dia menghitung detik2 akhir dia bergelar bujang. hehehe..tepat jam 10.40 malam, dia dah pun menjadi isteri orang. Sedih, hepi semuanya ada..kawan yang selalu call aku citer problem dia masa mencari calon..ketika berkawan, masa nak bertunang..sampailah sekarang..banyak betul dugaan dia. Alhamdulillah..ujian yang diberi pengakhiran yang baik.

Wedding dia simple but look very nice..aku plg suka hantaran dia..hehe..first time org anta helmet, leather jacket, leather golves and boot meant for rider..hehe. cantik sgt..especially cupcakes dia. pergh..




Dalam gambar ni x nampak cupcakes..hehe. Cupcakes dia dihiasi helmet, gloves..semua brg2 motor la..aku cakap..len kali buat kek pastu letak sebiji motor atas kek tu..keh keh keh. Alahai..suka tgk kawan-kawan bahagia. Segala penat lelah dia berusaha selama ni dah pun terbayar. Syukur sangat2..

Selama dia duk bercerita pun..dia banyak nasihat aku. "Sabar Kat.." "Banyakkan solat hajat Kat"..hehehe..aku je jenis degil sangat2..tp, aku buat jugakla solat hajat. Cuma, kekadang terbabas..tak buat2. kekeke.

Monday, September 5, 2011

Assalamualaikum..

Sekarang dah 8 syawal..sekejap jerk dah nak abispun bulan Syawal. Aku? Mmm..impian aku yang terbesar belum terlaksana..huhu. Apa impian aku tu? hehehe..jeng jeng jeng

Sebenarnya aku berniat nak bertunang dlm bulan Syawal ni. Siap dah bernazar andai Allah kabulkan doa aku tu..adalah yang akan menjadi timbal balas nya..tak elok plak rasa kalau sebutkan d sini..tapi, entah kenapa..sejak tibanya Syawal aku rasa macam impian dan doa itu takkan termakbul. Memang la tak baik buruk sangka pada Allah..ada artikel mengatakan

"Berburuk sangka kepada Allah merupakan bukti kelemahan iman dan bodohnya seseorang terhadap hak Allah serta tidak memberi pengagungan kepadaNya dengan sebaik-baik pengagungan" wordpress.com

Disebabkan benda ni la, aku cuba belajar untuk redha atas ketentuanNya dan kemampuan aku sebagai makhlukNya ni..takkan dapat membatasi ketentuanNya. Sejak masalah aku timbul, aku banyak salahkan takdir..

kenapa Allah temukan aku dengan dia?
kenapa Allah timbulkan perasaan ni?
kenapa istikarah aku berpihak pada dia?
kenapa dia tak suka aku?

semua persoalan ini membawa kepada satu je jawapan yang aku dpt terima

"Allah memang suka menyiksa aku.."

Mmm...entah kenapa aku cuba mencari jawapan lain. Aku mula membaca artikel2 tentang ujian Allah, tentang sabar..dan bila aku mula memahami dan mendekatkan diri dengan Allah..alhamdulillah..setelah dekat 2 bulan, aku kini tenang menerima ketentuanNya.

Allah tidak pernah kejam pada hambaNya, dan ujian Allah mengikut kemampuan hambaNya. Aku pernah beberapa kali selepas solat maghrib betul2 punya menangis..aku letih menanggung ujianNya kali ini. Aku betul2 nak bagitahu yang aku dah tak mampu nak teruskan..dah tak tertanggung rasanya. Pernah jugak aku duduk dlm bilik air, bukak air paip..pastu aku termenung. Macam orang ilang akal pun ada..ini first time aku lost control diri sndiri..yelah, masa dengan Syam pun takde sampai macam ni..walaupun aku sedih, aku masih dapat control diri sndiri..mm..betullah aku dah tua agaknya untuk terima ujian macam ni.

Hidup ini memang takkan lekang dari ujian..dan disebalik setiap ujian itu ada hikmahnya. Aku cuba dan masih terus mencuba untuk mencari hikmah sebalik kejadian ni semua..di sebalik ujian yang diberi. Walaupun belum nampak sepenuhnya..tapi, aku gembira dengan ketenangan yang aku dpt skarang. Jadi, kiranya betulla..Syawal ni lebih bermakna untuk aku. Alhamdulillah.. :-)