Assalamualaikum..
Sekarang dah 8 syawal..sekejap jerk dah nak abispun bulan Syawal. Aku? Mmm..impian aku yang terbesar belum terlaksana..huhu. Apa impian aku tu? hehehe..jeng jeng jeng
Sebenarnya aku berniat nak bertunang dlm bulan Syawal ni. Siap dah bernazar andai Allah kabulkan doa aku tu..adalah yang akan menjadi timbal balas nya..tak elok plak rasa kalau sebutkan d sini..tapi, entah kenapa..sejak tibanya Syawal aku rasa macam impian dan doa itu takkan termakbul. Memang la tak baik buruk sangka pada Allah..ada artikel mengatakan
"Berburuk sangka kepada Allah merupakan bukti kelemahan iman dan bodohnya seseorang terhadap hak Allah serta tidak memberi pengagungan kepadaNya dengan sebaik-baik pengagungan" wordpress.com
Disebabkan benda ni la, aku cuba belajar untuk redha atas ketentuanNya dan kemampuan aku sebagai makhlukNya ni..takkan dapat membatasi ketentuanNya. Sejak masalah aku timbul, aku banyak salahkan takdir..
kenapa Allah temukan aku dengan dia?
kenapa Allah timbulkan perasaan ni?
kenapa istikarah aku berpihak pada dia?
kenapa dia tak suka aku?
semua persoalan ini membawa kepada satu je jawapan yang aku dpt terima
"Allah memang suka menyiksa aku.."
Mmm...entah kenapa aku cuba mencari jawapan lain. Aku mula membaca artikel2 tentang ujian Allah, tentang sabar..dan bila aku mula memahami dan mendekatkan diri dengan Allah..alhamdulillah..setelah dekat 2 bulan, aku kini tenang menerima ketentuanNya.
Allah tidak pernah kejam pada hambaNya, dan ujian Allah mengikut kemampuan hambaNya. Aku pernah beberapa kali selepas solat maghrib betul2 punya menangis..aku letih menanggung ujianNya kali ini. Aku betul2 nak bagitahu yang aku dah tak mampu nak teruskan..dah tak tertanggung rasanya. Pernah jugak aku duduk dlm bilik air, bukak air paip..pastu aku termenung. Macam orang ilang akal pun ada..ini first time aku lost control diri sndiri..yelah, masa dengan Syam pun takde sampai macam ni..walaupun aku sedih, aku masih dapat control diri sndiri..mm..betullah aku dah tua agaknya untuk terima ujian macam ni.
Hidup ini memang takkan lekang dari ujian..dan disebalik setiap ujian itu ada hikmahnya. Aku cuba dan masih terus mencuba untuk mencari hikmah sebalik kejadian ni semua..di sebalik ujian yang diberi. Walaupun belum nampak sepenuhnya..tapi, aku gembira dengan ketenangan yang aku dpt skarang. Jadi, kiranya betulla..Syawal ni lebih bermakna untuk aku. Alhamdulillah.. :-)
No comments:
Post a Comment